Q&A: Chow Geh Tsung (guru) membincangkan cara mendisiplinkan pelajar

Chow Geh Tsung ialah seorang guru sekolah menengah yang pernah bekerja di dunia korporat. Di samping usahanya di bilik darjah, beliau telah menulis buku Amazing: Sains Tingkatan 3 serta Achieve! PT3 Model Test Paper Science 17/18.

Dalam post ini, En. Chow membincangkan pendapat beliau tentang topik Dialog Pendidikan untuk bulan ini: Apakah cara yang terbaik untuk mendisiplinkan pelajar?


Ceritakan sedikit mengenai latar belakang cikgu.

Saya mula mengajar di sekolah sejak 2014 melalui Teach For Malaysia. 2019 adalah tahun keenam saya sebagai seorang guru, dan saya mengajar Sains dan Bahasa Inggeris kepada murid-murid Tingkatan 1 dan 2. Sebelum ini saya bekerja sebagai seorang perunding persekitaran atau environmental consultant selama hampir 4 tahun.

Saya tidak pernah menyesal walaupun telah meninggalkan kerjaya korporat saya yang bergaji lebih tinggi untuk menjadi seorang guru. Saya berpendapat bahawa kerja seorang guru lebih mencabar daripada kerja korporat saya sebelum ini. Ini kerana setiap hari seorang guru berdepan dengan pelbagai watak yang berbeza, ia adalah kerja yang memerlukan EQ yang tinggi kerana tanggungjawab guru melibatkan pembentukan adab dan perkembangan minda generasi baharu. Kerja seorang guru mempengaruhi masa hadapan negara kita.

Apakah prinsip atau kaedah yang penting apabila mendisiplinkan pelajar?

Murid-murid sama saja seperti orang dewasa. Kita tidak suka orang yang marah-marah, kita tidak suka bila orang buat janji kosong, kita tidak suka orang yang tidak boleh dipercayai, kita tidak suka bila orang cuba berlagak. Prinsip yang paling penting apabila mendisiplinkan pelajar? Fikirlah bagaimana diri kita boleh didisiplinkan dengan berkesan. Orang yang macam mana layak kita hormati, begitu jugalah orang yang murid kita akan hormati.

Daripada pengalaman peribadi saya, murid akan menghormati kita apabila kita menghormati mereka. Hormati mereka dahulu walaupun pada mulanya mereka bersikap kurang ajar dan biadab dengan kita. Mereka masih budak-budak, dan ada di kalangan mereka yang tidak pernah nampak cara menghormati orang lain — kerana masalah keluarga, dll. Jadi kita sebagai orang dewasa perlu menunjukkan contoh. Siapa lagi yang akan mendidik mereka?

Cara saya mendisiplinkan pelajar adalah dengan menggunakan nada suara yang neutral dan menunjukkan hormat, saya bercakap dan melayan mereka seperti orang dewasa yang mampu berfikir dengan matang. Saya akan beritahu murid kenapa perbuatan seperti ini tidak baik, bagaimana ia memudaratkan dirinya dan orang di sekitarnya. Kadangkala murid tidak sedar akan kesilapannya. Jadi bila seorang dewasa bercakap dengan elok dan menerangkan dengan hormat dan nasihatkan dia untuk berubah, why not? Kalau saya seorang murid, saya akan mendengar nasihat daripada orang dewasa seperti ini.

Kalau cara ini kurang berkesan, saya akan berbincang tentang perkara ini bersama ibu bapa murid tersebut secara positif dan dengan niat yang ikhlas untuk membantu murid itu. Daripada pengalaman saya, cara ini memang berkesan.

Ramai orang dewasa menggunakan cara menjerit, marah, pukul murid yang biadab supaya murid itu rasa malu dan bersalah, tapi adakah itu cara yang paling berkesan? Itu adalah cara yang reaktif. Ia memberi kesan jangka pendek. Murid terus berhenti kerana takut, tapi di dalam dirinya akan wujud suatu tenaga negatif, suatu dendam yang terpendam. Murid tersebut tidak akan menghormati orang dewasa itu malah akan menikamnya dari belakang jika berpeluang. Murid tak akan ingin belajar apa-apa dari orang dewasa seperti ini. Walaupun ramai dalam kalangan kita, termasuk diri saya yang pernah kena belasah macam sotong masam dalam proses disiplin apabila kita di bangku sekolah, tidak bermakna ia cara yang berkesan dan baik untuk perkembangan anak-anak kita.

Adakah pendapat cikgu mengenai cara mendisiplinkan pelajar berubah dari dulu sampai sekarang? Jika ya, bagaimana?

Ya, semasa saya sendiri seorang murid di sekolah saya dididik dengan cara old school. Memang semua jenis dah pernah kenalah — jeritan, cubitan, jentikan, tamparan dan rotan. Bila saya sendiri menjadi guru, mula-mula saya pun marah-marah murid kerana itu sajalah cara yang saya tahu — tapi saya tak pernah jatuhkan apa-apa hukuman fizikal terhadap murid saya, sekadar jerit sahaja.

Tapi selepas beberapa kali meletup dalam tahun pertama mengajar, saya sedar bahawa ini adalah cara yang tak betul. Murid tak menunjukkan kemajuan, malah jadi lagi teruk, kesihatan saya pun menurun — stress, saya tak hepi, murid pun tak hepi. Memang lose-lose lah, tak ada kebaikan langsung. Jadi saya mula buat kajian tentang cara cikgu-cikgu yang berkesan mendisiplinkan murid, dan saya ubah cara saya sendiri. Saya cuba banyak cara dan akhirnya mulai tahun kedua mengajar sehingga sekarang, saya menggunakan kaedah yang betul-betul berkesan, yang langsung tak perlu jerit tapi murid tetap mengikut arahan dengan suasana yang harmoni.

(Nota daripada penyunting: untuk sudut pandangan pelajar En. Chow tentang teknik mengajar beliau, rujuk blog post Teach For Malaysia ini. :))

Apakah yang patut kita fahami mengenai cara mendisiplinkan pelajar?

Anak-anak walaupun jauh lebih muda daripada kita, sebenarnya adalah sama dengan kita juga. Bagaimana kita hendak dibetulkan, begitu jugalah caranya untuk mereka. Bila kita dapat berfikir dari sudut mereka, kerja mendisiplin ini akan menjadi lebih mudah.

Akhir sekali, apakah tanggapan salah yang paling besar mengenai disiplin pelajar?

Tangappan salah yang paling besar tentang disiplin murid ialah — belasah dulu, bagi dia rasa hukumannya supaya dia tak berani buat lagi, memang padan muka dia.

Kita nak murid jadi baik kerana dia betul-betul faham dan ingin jadi baik, bukan kerana takut hukuman. Tunjukkan kematangan dan hormat sepertimana kita nak murid kita tunjukkan kepada orang lain. Murid akan ikut contoh orang dewasa.


Jika anda ditanya soalan di asas, apakah jawapan anda? Kongsi pendapat anda di bawah (nama, e-mel, dan website tidak wajib), mengikut polisi komen kami.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang cara mengasuh bakal pengundi, rujuk post Pengenalan kami, “Apakah cara yang terbaik untuk mendisiplinkan pelajar?” Petikan daripada rencana tempatan dan luar negara tentang topik ini dihimpunkan dalam post Apa Kata. Dan jemputlah melayari Facebook page kami. 🙂

Minggu depan, kami akan merumuskan perbincangan ini dalam post Synopsis. Terima kasih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.