Synopsis: Cara mendisiplinkan pelajar = How to discipline students

“Apakah cara yang terbaik untuk mendisiplinkan pelajar?”

= “How should teachers discipline their students?”

Sepanjang bulan September, kita telah menerokai persoalan ini melalui (a) perkongsian sudut pandangan daripada empat orang guru penulis dalam post Pengenalan, (b) petikan daripada rencana yang berkaitan dari Malaysia dan luar negara dalam post Apa Kata, dan (c) temu bual bersama Chow Geh Tsung, seorang guru mata pelajaran Sains dan BI (menengah), dalam post Q&A. Minggu ini, kami menghuraikan perbincangan tentang cara mendisiplinkan pelajar ini.

= Throughout September, we have explored this question through (a) the sharing of opinions from four different teachers, in our Pengenalan post, (b) a selection of comments from relevant local and international articles in our Apa Kata post, and (c) an interview with Chow Geh Tsung, a secondary school Science and English teacher, in our Q&A post. This week, we summarise this discussion about student discipline. 


1. Tiada kata sepakat tentang sama ada guru patut menggunakan hukuman fizikal untuk mendisiplinkan pelajar.
= People disagree about whether or not teachers should use physical punishment to discipline students.

Never used physical violence. Don’t really believe in it, I think there are other ways to punish and rehabilate which would be better in the long run

Although short term, I can see how physical punishment would yield results a lot faster

—Hui Ling, in the WhatsApp group chat that was published as our Pengenalan post

Apabila pelajar-pelajar tidak boleh dihukum. Tidak boleh di rotan. Tidak boleh ketuk ketampi. Tidak boleh didenda berdiri di belakang kelas dan lain-lain. Pelajar-pelajar sekarang menjadi semakin berani, biadap, tidak hormat guru-guru. …

—Pengulas tanpa nama, dalam komen pada post Apa Kata

I have used the cane before as well as push-ups, ketuk ketampi or standing in class. To me, that helps curbs and prevents further misbehaviour only for certain classes and season of that time. Too extreme, and it will create a negative environment in the class. Use it “sparingly” and only when it matters. To me, I find that caning is scarier for younger forms. The mere mention is enough to “scare” them into shape. But in upper forms, they are no longer fearful and other tactics might need to be employed.

—Andy, in the Pengenalan post

2. Namun, terdapat persetujuan bahawa sebarang tindakan disiplin patut bertujuan untuk mendidik, bukan untuk menghukum semata-mata.
= However, people agree that all disciplinary actions should aim to help students learn, not to punish them for the sake of punishment.

… Kebaikan hukuman bukan untuk mencederakan tetapi untuk mendidik. Nasihat ialah satu jalan dan merotan juga satu jalan; jika salah laku masih berulang.

—Pengulas tanpa nama, dalam komen pada post Apa Kata

… Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk  memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah, merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka yang tidak berdisiplin. …

—Datuk Abdul Rafie bin Mahat, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, dalam “Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 07/2003: Kuasa Guru Merotan Murid

3. Oleh sebab itu, proses disiplin perlu merangkumi bimbingan supaya pelajar memahami mengapa tindakan mereka tidak bermanfaat dan bagaimana mereka dapat memulihkan tingkah laku mereka.
= Because of this, an important part of disciplining students is helping them to reflect on why their past actions were wrong and how to choose better actions in the future.

… When administering a [disciplinary] method, a teacher should bear in mind that at the end of the day the students must understand the reason for the disciplinary consequence and reflect on their actions. The fallacy of caning is that it is often done out of anger and revenge, which are not the end goal of a disciplinary case. We want students to admit their mistakes, reflect on their actions and chart a course of action for the future. This goes the same way with other methods too.  A timeout would just be a vacation in the classroom corner if the student fails to notice their mistake and improve themselves.

—Andy, in the WhatsApp group chat that was published as our Pengenalan post

I believe that the main aim of discipline is rehabilitation from wrong behaviour

The problem (I believe) is disproportionate focus on punishment/consequence and not rehabilitation towards better behavior AFTER punishment

Students (and people in general hehe) knows what is wrong and they’ve come to know the consequence if caught but they don’t know why it is wrong and why they shouldn’t do it (apart from not getting punished) or how to make better decisions the next time

—Hui Ling, in the Pengenalan post

4. Tambahan pula, semua proses disiplin perlu menjaga maruah pelajar dan mengamalkan prinsip hormat-menghormati.
= In addition, all disciplinary processes must protect students’ dignity and emphasise mutual respect.

… Murid-murid sama saja seperti orang dewasa. Kita tidak suka orang yang marah-marah, kita tidak suka bila orang buat janji kosong, kita tidak suka orang yang tidak boleh dipercayai, kita tidak suka bila orang cuba berlagak. Prinsip yang paling penting apabila mendisiplinkan pelajar? Fikirlah bagaimana diri kita boleh didisiplinkan dengan berkesan. Orang yang macam mana layak kita hormati, begitu jugalah orang yang murid kita akan hormati. …

Chow Geh Tsung, apabila ditemu bual dalam post Q&A

… pelajar sekolah amat mementingkan maruah mereka dan jika maruah mereka tercalar, mereka merasa sedih atau kecewa. Oleh itu, saya perlu memastikan tindakan yang saya ambil tidak dijalankan di khalayak dan tidak menjatuhkan maruah mereka.

—Maryam, dalam WhatsApp group chat yang disiarkan sebagai post Pengenalan

… Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap perkembangan keperibadian seorang murid. …

—Datuk Abdul Rafie bin Mahat, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, dalam “Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 07/2003: Kuasa Guru Merotan Murid

5. Salah satu pendekatan yang dapat membantu pelajar membina tabiat yang penuh disiplin adalah menjalin hubungan antara guru dan ibu bapa.
= One way that teachers can help students develop good discipline is to work together with their parents.

… Kalau cara ini [iaitu berbincang dengan pelajar tersebut tentang kelakuannya] kurang berkesan, saya akan berbincang tentang perkara ini bersama ibu bapa murid tersebut secara positif dan dengan niat yang ikhlas untuk membantu murid itu. Daripada pengalaman saya, cara ini memang berkesan.

—Chow Geh Tsung, apabila ditemu bual dalam post Q&A

… terdapat kes-kes terpencil di mana ibu bapa tidak mahu mendengar masalah anak mereka di sekolah dan memaklumkan pada saya bahawa mereka sibuk dan tidak ada masa untuk berbincang tentang anak mereka. Hal ini menyukarkan proses pemulihan bagi pelajar tersebut kerana tiada penglibatan dan sokongan daripada pihak ibubapa terhadap masalah dan hal ehwal pelajar tersebut.

—Maryam, dalam post Pengenalan

6. Setiap pelajar mempunyai perwatakan dan latar belakang sendiri, maka guru patut mengambil masa untuk memahami setiap orang pelajar dan bertindak secara berpatutan.
= Every student has a different personality and background, so teachers should take time to understand each student and respond to their behaviour suitably.

Perkataan “spesifik” sepatutnya ditambah kepada pengakhiran soalan “Apakah cara yang terbaik untuk mendisiplinkan pelajar?” kerana penyelesaian kepada masalah disiplin tidak boleh diaplikasikan secara pukul rata. Setiap pelajar itu berbeza dan jalan penyelesaian terhadap masalah disiplin perlu disesuaikan menurut pelajar

—Nud, dalam post Pengenalan

Semua guru terutamanya guru disiplin perlu mempraktikkan kemahiran mendengar dan komunikasi yang baik dengan pelajar-pelajar mereka agar mereka dapat menyelami dan memahami perasaan dan sebab di sebalik tindak tanduk pelajar-pelajar mereka. Dengan itu, mereka dapat membuat pertimbangan wajar dalam berhadapan dengan pelajar bermasalah.

—Maryam, dalam post Pengenalan


Terima kasih kerana mengikuti perbincangan bulan ini tentang cara mendisiplinkan pelajar! Minggu depan, kami akan mengongsikan beberapa tip tentang pembinaan disiplin di bilik darjah. Jemput lawati kami di Facebook. 🙂

= Thank you for taking part in this month’s discussion on student discipline! Look out next week for some tips about developing discipline in the classroom. And don’t forget to visit us on Facebook. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.