Tip: Membina disiplin di bilik darjah = Building classroom discipline

Sepanjang bulan September, kami telah membincangkan cara untuk mendisiplinkan pelajar. Before we close this discussion, here are some tips about classroom management, iaitu pengurusan bilik darjah.

Apabila kita sebut perkataan ‘disiplin pelajar, kerap kali kita hanya memikirkan disiplin dari segi hukuman yang dikenakan kepada pelajar yang melanggar tatacara disiplin di sekolah. Namun, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, berikut ialah beberapa teknik untuk membina tabiat disiplin di bilik darjah supaya semua pelajar dapat menimba ilmu dalam proses PdP yang lancar.

= When we say the words ‘student discipline’, we usually think of punishments for students who break school rules. But prevention is often better than cure. So, here are a few techniques for building habits of good discipline in the classroom, to help lessons go smoothly and give all students the best opportunities for learning.


#1. Rutin dan tatacara = routines and procedures

Salah satu pendekatan untuk membina disiplin di bilik darjah ialah mengasaskan rutin supaya PdP berjalan dengan teratur setiap hari. Rutin bilik darjah boleh merangkumi mana-mana aspek PdP, seperti rutin untuk mengedarkan kertas, rutin untuk bekerja dalam kumpulan, rutin untuk bertanya dan menjawab soalan, dan rutin untuk mendengar arahan dengan teliti.

Here is some advice from classroom management expert Harry K. Wong about developing classroom routines:

“Effective teaching: the problem is not discipline”

“The well-managed classroom”

Terdapat pelbagai jenis dan gaya rutin bilik darjah kerana setiap guru mempunyai perwatakan tersendiri. Untuk beberapa contoh rutin bilik darjah, rujuklah video-video ini:

“Teaching Procedures, Rules, and Respect During the First Days of Seventh Grade”

“10 Everyday Classroom Management Tips for Teachers”

“My Daily Classroom Management Strategies”


#2. ClassDojo untuk berkomunikasi dengan ibu bapa

Seperti yang dinyatakan dalam Synopsis pada minggu lepas, disiplin pelajar ialah usahasama antara murid, guru, dan ibu bapa.

Selain daripada WhatsApp dan Telegram, sebuah app percuma untuk membantu guru dan ibu bapa yang ingin berkongsi update tentang si pelajar (sama ada update tentang tingkah laku, pencapaian, kerja rumah, atau apa sahaja) ialah ClassDojo  (untuk Google Play Store, klik di sini).


#3. Meminta maaf dengan berkesan

Apabila seseorang pelajar tidak akur dengan rutin bilik darjah, atau melanggar peraturan sekolah, atau memudaratkan rakan sekelas, salah satu langkah dengan proses pemulihan ialah meminta maaf. JoEllen, seorang guru dan blogger mencadangkan satu cara istimewa untuk mengajar murid meminta maaf dengan lebih bermakna:

I’m sorry for …

This is wrong because …

In the future, I will …

Will you forgive me?

Iaitu, si pesalah patut perkata:

Saya meminta maaf untuk …

Perbuatan ini salah kerana … 

Pada masa akan datang, saya akan … 

Bolehkah anda memaafkan saya?

Rutin ini membantu pelajar merenungkan tingkah laku mereka dengan lebih mendalam.

Untuk penerangan sepenuhnya, bacalah blog post JoEllen di sini: “A Better Way to Say Sorry”.


Adakah tip-tip ini membantu kamu? Jika ia berguna, beritahulah kami dalam komen di bawah. Terima kasih. 🙂

= Did you find these resources useful? If you did, it would be great if you could let us know in the comments. Thank you. 🙂

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.