Pengenalan: Sekolah swasta = Private schools

Apakah implikasi perkembangan persekolahan swasta di Malaysia?

Penulis tamu: Tiong Ngee Derk

Sepanjang dekad yang lalu, persekolahan swasta dan antarabangsa di Malaysia telah berganda daripada kira-kira 12,000 pelajar Malaysia yang mendaftar di 67 sekolah (The Star, 2012) sehingga seramai 71,220 pelajar di 183 sekolah (Kementerian Pendidikan, 2019). Jumlah ini tidak termasuk pelajar dari luar negara, atau puluhan ribu yang kini mendaftar di sekolah swasta jenis agama dan Cina. Walaupun pelajar sekolah swasta masih merupakan minoriti yang kecil dalam kalangan 5 juta pelajar sekolah di Malaysia, pertumbuhan ketara dalam sektor ini telah mencetuskan debat tentang pro dan kontranya.

Objektif rencana ini adalah untuk mempertimbangkan kebaikan dan keburukan persekolahan swasta di Malaysia. Ia membincangkan tiga hujah utama yang berkaitan dengan isu persekolahan swasta. Hujah ini dapat berfungsi sebagai titik permulaan untuk dialog lanjut.

Definisi

Pertama, perlu ditegaskan bahawa tidak semua sekolah swasta adalah sama. Sekolah swasta boleh ditubuhkan secara bukan beruntung atau beruntung, boleh menerima bantuan daripada badan bukan kerajaan atau kerajaan, boleh menawarkan kurikulum tempatan atau antarabangsa (atau kedua-duanya), dan boleh berbeza-beza daripada kos yang agak berpatutan (beberapa ratus ringgit sebulan) kepada sangat mahal (RM10,000 sebulan).

Dalam artikel ini, saya mentakrifkan sekolah swasta sebagai institusi pendidikan pasca-tadika dan pra-universiti yang tidak dibiayai oleh kerajaan.

Hujah perpaduan sosial

Bagi ramai orang, sekolah adalah tempat di mana kanak-kanak belajar untuk berkawan di luar komuniti terdekat mereka. Ini ialah satu fungsi persekolahan yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang harmoni.

Ada yang khuatir kerana pelajar di sekolah swasta mungkin tidak dapat peluang untuk bergaul dengan rakan daripada semua lapisan masyarakat. Ibu bapa mungkin memilih sekolah yang mereka rasa lebih sesuai dengan identiti mereka: sekolah-sekolah swasta agama sering mewakili satu agama sahaja, sekolah swasta Cina tidak diragui adalah majoriti Cina, dan sebagainya. Selain itu, kebanyakan sekolah yang menuntut yuran mempunyai badan pelajar yang lebih kaya daripada purata. Sesetengah sekolah mengurangkan kesan ini dengan menawarkan biasiswa, tetapi pelajar biasiswa sering menjadi minoriti, kerana belanjawan sekolah akhirnya bergantung kepada pembayaran yuran.

Persoalannya ialah: adakah pertumbuhan persekolahan swasta akan meluaskan jurang antara kumpulan sosial, mengikut keutamaan budaya dan keagamaan, dan antara yang berada dan tidak?

Daripada sudut lain, sesetengah orang berpendapat bahawa sistem pendidikan ‘selari’ yang didanai secara oleh kerajaan sudah wujud dan diterima di negara kita. Saya telah menemui SMK ‘elit’ yang berhampiran dengan SMK ‘corot’, dengan masa memandu tidak lebih dari 20 minit di antaranya. Kedua-dua jenis sekolah ini ialah sekolah awam, tetapi komposisi keluarga pelajar menggambarkan jurang pendapatan yang luas. Selain itu, terdapat sekolah-sekolah vernakular yang dibiayai kerajaan dan sekolah-sekolah mono-etnik yang mengambil hanya pelajar yang terbaik. Maka kami bertanya: adakah kami menjadi hipokrit sekiranya mengkritik sistem pendidikan swasta demi perpaduan sosial, apabila sistem pendidikan awam juga terbahagi?

Hujah keperluan pelbagai

Salah satu sebab utama untuk wujudnya persekolahan swasta adalah kerana keperluan pembelajaran (budaya, agama, pedagogi, dan lain-lain) yang dianggap sebagai keperluan yang tidak dapat dipenuhi oleh sistem persekolahan awam. Lagipun, jika anda boleh mendapatkan sesuatu secara percuma, tidak usahlah membelinya dan membebankan kewangan anda, melainkan anda percaya bahawa terdapat perbezaan yang nyata.

Mengikut hujah ini, banyak keperluan pembelajaran yang pelbagai di Malaysia tidak dapat dipenuhi sepenuhnya oleh sekolah-sekolah awam yang dijalankan secara lebih selaras. Sebagai contoh, sesetengah ibu bapa percaya bahawa persekolahan antarabangsa menawarkan sudut pandangan yang lebih ‘global’ yang dianggap akan memberi prospek kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak mereka. Ada yang lebih suka anak-anak mereka belajar dengan menggunakan bahasa yang berbeza, seperti Bahasa Inggeris.

Ada yang mempunyai anak yang tidak tahan belajar di sekolah awam dan sebaliknya memilih sekolah swasta yang mempunyai nisbah pelajar-guru yang rendah. Ada juga yang telah tinggal di luar negara dan menginginkan anak mereka terus belajar mengikut sistem pendidikan luar negara walaupun sudah pulang ke Malaysia. Akhirnya, terdapat beberapa kanak-kanak yang tidak layak untuk bersekolah di sekolah awam – seperti pelarian dan (sebelum perubahan yang terkini) kanak-kanak yang tidak berdokumen. Menurut hujah ini, sekolah swasta wujud untuk memenuhi keperluan pembelajaran tertentu yang tidak dipenuhi dalam lingkungan sistem persekolahan awam. Hujahan sebaliknya adalah bahawa persekolahan swasta tidak akan memenuhi semua keperluan, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kewangan yang mencupuki. Kegagalan pasaran atau ‘market failure’ inilah adalah sebab mengapa penyediaan pendidikan awam adalah penting.

Hujah ekonomi

Sudah tentu bahawa banyak persoalan tentang pendidikan bergantung kepada isu ekonomi. Sesungguhnya, dalam Belanjawan 2020 baru-baru ini, Kementerian Pendidikan telah diperuntukkan RM64.1 bilion, bahagian terbesar antara semua kementerian (The Malay Mail, 11 Oktober 2019).

Ada yang melihat persekolahan swasta secara positif oleh sebab manfaat ekonomi. DYMM Sultan Nazrin (2019) sendiri berpendapat bahawa persekolahan swasta mampu mengurangkan perbelanjaan kerajaan, menarik pelajar asing, dan memberikan alternatif kepada pelajar tempatan yang mungkin pilih untuk belajar di luar negara jika sekolah swasta tersebut tidak ditawarkan (dan ini turut mengurangkan aliran keluar mata wang). Banyak institusi swasta adalah badan berkeuntungan, dan oleh itu mereka membayar cukai korporat. Setahu saya, nilai manfaat ekonomi tersebut tidak dianggarkan khusus untuk Malaysia, tetapi pendapatan yuran di seluruh dunia untuk sekolah antarabangsa dianggarkan bernilai RM163 bilion pada 2016 sahaja (Morrison, 2016). Oleh itu, jelaslah bahawa persekolahan swasta boleh menjadi sumber simpanan kerajaan, pendapatan negara, dan pertumbuhan ekonomi.

Walau bagaimanapun, terdapat orang yang berpendapat bahawa sekolah swasta mungkin menyalurkan dana kepada saluran yang tidak berpatutan. Oleh sebab keperluan untuk menarik pelajar, sebahagian daripada belanjawan sekolah swasta sering digunakan untuk pengiklanan dan pemasaran. Ada yang mungkin berpendapat bahawa ini adalah pengaturan yang tidak cekap, kerana sumber yang dimasukkan dalam pengiklanan tidak berkaitan dengan pendidikan secara langsung. Sekolah-sekolah awam tidak perlu khuatir dengan masalah pemasaran ini, dan dapat memfokuskan sumber mereka untuk memperbaik pengajaran dan pembelajaran.

Fikiran awak?

Tiga hujah ini tidaklah merangkumi kesemua persoalan tentang sekolah swasta, tetapi ia menunjukkan bahawa isu persekolahan swasta dapat dilihat daripada pelbagai perspektif. Lebih-lebih lagi, di tengah-tengah isu ini adalah perdebatan mengenai hak individu berbanding dengan kepentingan bersama. Ia mencabar gambaran mental kita tentang masyarakat yang adil dan makmur.

Kami masih merupakan negara di mana majoriti besar dididik di sekolah awam, berbeza dengan negara-negara seperti Chile (di mana kira-kira separuh daripada semua pelajar dididik secara swasta) bahkan Amerika Syarikat (sekitar 10%). Namun, peratus persekolahan swasta kami meningkat dengan pesat dalam masa yang sangat singkat. Sama ada ia terus bertumbuh, kekal stabil, atau berkurangan, ia mungkin akan memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada banyak rakyat Malaysia, dan di negara ini secara keseluruhannya.


Jadi, apakah implikasi perkembangan persekolahan swasta di Malaysia? Kongsi pendapat anda di bawah (nama, e-mel, dan website tidak wajib), mengikut polisi komen kami.

Minggu depan, kami akan memetik beberapa komen yang menarik ke dalam post baru. Sementara itu, komen daripada pembaca lain juga terdapat di Facebook page kami. Terima kasih!

What does the growth of private schooling mean for Malaysia?

Guest writer: Tiong Ngee Derk

Over the past decade, private and international schooling in Malaysia has quintupled from about 12,000 students Malaysians enrolled in 67 schools (The Star, 2012) up to a whopping 71,220 in 183 schools (Ministry of Education, 2019) – and this number does not include students from other countries, nor the tens of thousands currently enrolled in religious and Chinese independent schools. Although private school students remain a small minority among the 5 million school-goers in Malaysia, the sector’s eye-catching growth has triggered much public debate.

The objective of this article is to consider the pros and cons of private schooling in Malaysia. It is structured is around three key interrelated ‘arguments’ that relate toprivate schooling – functioning as ‘can openers’ for further dialogue.

Definitions

First, I need to define our terms. Not all private schools are the same. Private schools can be registered as non-profit or for-profit, can receive some level of assistance from NGOs or the government, can offer the local or international curricula (or even both), and vary in cost from quite affordable (several hundred ringgit a month) to astronomical (RM10,000 a month).

In this article, I define private schools as post-kindergarten but pre-university educational institutions which are not primarily funded by the government.

The social cohesion argument

For many people, schools are where children learn to make friends outside their immediate communities – this is an extremely important function of schooling for a harmonious society.

Some are concerned that private school students are less likely to meet schoolmates from a representative cross-section of society. Parents may choose schools that they identify with: religious private schools are often more mono-religious, Chinese Independent Schools are undoubtedly majority Chinese, and so on. Moreover, most fee-paying schools have a wealthier-than-average student body. Some of these schools mitigate this effect by offering scholarships, but scholarship students are often a minority, because funding ultimately depends on tuition income.

The question is: will the growth of private schooling widen the division between social groups, according to cultural and religious preferences, and between the haves and have-nots?

On the flip side, some argue that publicly funded ‘parallel’ education systems already exist and are accepted in our country. I have encountered ‘elite’ SMKs and ‘struggling’ SMKs all within 20 minutes’ drive of each other. These are all public schools, but the general make-up of the students’ families reflected wider income divisions according to location. Moreover, publicly funded vernacular schools and selective mono-ethnic schools pluck the ‘best and brightest’, which makes us question: would it be hypocritical to criticise privately funded education systems for the sake of social cohesion, when the publicly funded system is already so segmented?

The diverse needs argument

One fundamental reason why private schooling exists is because of learning needs (cultural, religious, pedagogical, etc.) that are deemed unmet by the public schooling system. After all, if you can get something for free, why would you buy something that costs you money, unless you believe there is a real difference?

According to this argument, many of the diverse learning needs in Malaysia cannot be fully met by public schools, which are run on a more standardised basis. For example, some parents believe that international schooling offer a more ‘global’ outlook which, they deem, better serves their children’s life prospects. Some prefer their children to learn in a different medium of instruction such as English.

Some have children who cannot cope in public schools and opt for private schools that have lower student-teacher ratios, or they have lived abroad for some time and would prefer their child to continue learning in an overseas educational system even in Malaysia. Lastly, of course there are some children who simply aren’t eligible for public schooling – such as refugees and (until recently) undocumented children. In this way, the argument is that private schools exist to meet the learning needs of some (not all) who slip through the net of the public system. The reverse argument of course, is that because of ‘market failure’, private schooling cannot adjust to meet all needs, especially for those without financial resources – this is why public provision of education is important.

The economic argument

Unsurprisingly, quite a lot of the discussion on education is tethered to the economy. Indeed, in the recent Budget 2020, the Ministry of Education was allocated RM64.1 billion, the largest share for any ministry (The Malay Mail, 11 October 2019).

There are some who view private schooling positively for its various economic benefits. DYMM Sultan Nazrin (2019) himself argues that private schooling reduces government expenditure, draws in foreign students and gives an alternative for local students who might otherwise have studied overseas (thus reducing the outflow of foreign exchange). Many private institutions are for-profit, and so they pay corporate taxes. Malaysia-specific data is unavailable, but the worldwide fee income for international schools is estimated to be RM163 billion in 2016 alone (Morrison, 2016). It is clear, therefore, that private schooling can be a source of government savings, revenue, and economic growth.

However, there are those who argue that private schools can misallocate resources. Due to the need to attract students, a portion of private school funding is often reserved for advertising and marketing. Some might argue that this is an inefficient arrangement, because resources put into advertising do not go into the core business of education. Public schools, in theory, do not have to contend with this problem, and can focus their resources on better teaching and learning.

Your thoughts?

These three arguments are by no means exhaustive, but they illustrate that the issue of private schooling can be seen from multiple perspectives. Moreover, at the heart of this issue is the age-old debate on the rights of the individual versus the perceived good of the collective. It challenges our mental models of a just and prospering society.

We are still a country that is largely public-educated, in contrast to countries like Chile (where around half of all students are privately educated) or even the United States (around 10%) – but our share of private schooling has increased rapidly in a very short time. Whether it grows, remains stable, or shrinks, it will likely have obvious and non-obvious effects on many Malaysians, and on the country as a whole.


So, what does the growth of private schooling mean for Malaysia? Share your thoughts below, and please remember to follow our comments policy. (It is not compulsory to include your name, email, and website in order to comment.)

Next week, we will feature some of the most interesting comments in a new post. You can also read more comments from other readers on our Facebook page. Thank you!


Derk_croppedTiong Ngee Derk is a student at the University of Cambridge, whose doctoral research is on Malaysian teachers’ professional learning practices. He recently spent a year visiting Malaysian national schools, learning from the everyday experiences of different communities of cikgu-cikgu.

Tiong is a graduate of Universiti Tunku Abdul Rahman (BA English) and Cambridge (MPhil Educational Leadership). He also spent four years teaching English at Westlake International School, where he was part of its first cohort of teachers. He blogs about education and his experiences at pedagogeekthinking.wordpress.com.

References:

Morrison, N. (2016). International Schools Market to Hit $89 Billion by 2026. Forbes Media LLC. https://www.forbes.com/sites/nickmorrison/2016/06/29/international-schools-market-to-hit-89bn-by-2026/

Ministry of Education Malaysia (2019). Quick Facts 2019: Malaysia Educational Statistics. Putrajaya: Educational Planning and Research Division.

Nazrin Shah, Sultan of Perak. (2019). Striving for inclusive development: from Pangkor to a modern Malaysian state. Selangor: Oxford University Press.

The Malay Mail. (2019). Education Ministry gets an increase of RM3.9b in Budget 2020 allocation. Retrieved from: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/11/education-ministry-gets-an-increase-of-rm3.9b-in-budget-2020-allocation/1799429

Comments

  1. Sekolah swasta di Malaysia bukan asing lagi. Jika dahulu ramai yang mentafkrfkan sekolah swasta sekolah berbayar. Kini sekolah swasta masih tetap relevan dan berkembang selaras dengan hasrat negara melahirkan insan yang bakal menjadi pemimpin berkualiti pada masa depan. Sama ada sekolah swasta tersebut berkiblatkan keuntungan atau kejayaan akademik, ternyata mereka tetap memberi sumbangan dalam cara mereka sendiri. Namun begitu di samping beberapa aspek kelemahan terdapat sudut positif yang menjadikan sekolah swasta turut menjadi pilihan sesetengah ibu bapa di Malaysia.

    Menilai dari sudut keperluan perpaduan nasional, sebenarnya didapai sekolah swasta menghadirkan jumlah murid pelbagai kaum dan mereka berfikiran lebih terbuka berbanding dengan murid di sekolah kerajaan. Para pelajar yang rata-ratanya datang daripada ibu bapa dan keluarga yang berfikiran terbuka pasti menjamin suatu hubungan antara kaum yang lebih ikhlas dan jujur. Mereka bekerjasama dan bersaing secara sihat dalam kelas dan pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Mereka rasa lebih selesa bergaul dengan kaum lain tanpa rasa curiga dan ini pasti menjadikan perpaduan kaum sentiasa lebih indah di sekolah swasta.

    Sementara itu, keperluan mempelajari ilu secara lebih meluas dan lebih mencabar menggunakan bahasa Inggeris juga menjadi agenda penting bagi sesetengah rakyat Malaysia. Mereka ingin mencabar diri mereka di peringkat global. Sekolah swasta adalah jawapannya. Di sekolah swasta yang kebanyakannya menawarkan medium pengantar dalam bahasa Inggeris pasti menjadikan penuntutnya sentiasa bersedia bersaing dengan pelajar di luar negara. Begitu juga keperluan berasa kondusif di sekolah swasta yang menyediakan nisbah guru murid yang lebih selesa. Biasanya 25 murid dalam sesebuah kelas tentu menjanjikan sitiasi pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

    Meninjau dari hujah ekonomi, sekolah swasta mengutamakan keuntungan dan strategi pemasaran. Kita dapati jika sekolah swasta tersebut sememangnya berkualiti, pihak ibu bapa tidak sayang untuk melaburkan ringgit mereka, asalkan anak-anak mereka mendapat pendedahan ilmu yang juga berkualiti. Situasi menang-menang tidak merugikan mana-mana pihak selagi apa yang mereka harapkan terdapat di sesebuah sekolah swasta yang dimaksudkan.

    Kesimpulannya, sama ada di sekolah swasta atau pun buka, ia bukanlah isu sangat besar jika sekolah tersebut semamangnya menepati hasrat negara dalam melahirkan bakal pemimpin yang berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.

    Teriam kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.